Wednesday, March 4, 2009

pilih dan kasih??

lumrah insan tak dilayan sama adil walau dalam apa jua yang kita lakukan. macam tu lah jugak ape yang ramai student rasekan dalam kita semua melayari kehidupan sebagai seorang pelajar. tak kira lah kat mana sekalipun. bermula dari zaman sekolah rendah, sekolah menegah dan zaman dah masuk universiti sekalipun. bagaimana kite ditolak, jatuh bangun nya semangat student adalah bergantung pada persekitaran. sikap pilih dan kasih seorang pengajar terhadap student diorang adalah satu fenomena yang tak patut dilakukan sebagai seorang yang profesional. ketidakadilan ini yang membuat para pengajar yag sering diibaratkan ibu bapa kedua selain ibu dan bapa kandung sebenar mencalarkan perasaan dan anggapan yang sering dibuat oleh para pengarang puisi. cehh!!! pada zaman skarang ni puisi tu semua tak boleh dipakai seratus paratus. nilah orang melayu ibaratkan, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. tapi rata2 semua situation skang ni sama je kat mana2. yang cantik bergaya dipandang dan diberikan keistimewaan, yang huduh n biasa2 je dipinggirkan, dilayan bagai pelapik jamban duduk yang tak ubah macam sampah yang tak boleh direcycle semula. jijik, hina, sendiri, terpinggir..tulah yang dirasakan apabila dibezakan dengan hanya paras rupa serta pemakaian. tak bertamadun, hina nya cara pemikiran golongan profesional yang dianggap sebagai pendidik kepada anak2 muda ini. inikah mentallity masyarakat maju dan moden skarang?? keji sungguh pemikiran kolot tu. dipuji segala kerja walaupun biasa jer hasil kerja, tapi oleh kerana cantik..semua nya indah, semuanya menawan ...bagus..wah..berantakan hati yang mendengar dan melihat. apatah lagi kalo membabitkan penyampaian dah hasil kerja, yang dinilai adalah melalui penampilan dan wajah, bukan nya hasil kerja mahupun tahap pencapaian. untuk mendapatkan kecemerlangan adalah dengan melayani dengan baik dna mengipas bontot orang yang akan memberi markah ni. terpaksalah berpewatakan menggoda, menggedik! ni fenomena yang tak sihat. tujuan menjadi pendidik pada anak bangsa dijadikan platform untuk memuaskan pandangan mata, keinginan untuk melempiaskan hasrat. dianggap sombong apabila tak layan jenis makhluk macam ni, dan dianggap friendly apabila di layan makhluk ni. ciss!!! jijik sungguh pemikiran dan attitude makhluk ni. tak semua orang cantik, dan tak semua yang cantik tu perfect. dan tak semestinya yang tak cantik tu tak da pape yang istimewa. cantik, cantik, dan cantik. syukur lah ngn kecantikan tu..tapi bagi yang mengadili markah orang dan melayan orang dengan kecantikan, tak adil. walaupun tak cantik di mata, tapi di hati insan tersebut masih ada lagi titip perasaan yang kene dijaga.
ingatan: pada yang rasa diri tu tak cantik, tak payanhlah susah payah kipas bontot makhluk jenis yang kat atas tu. yang rase diri tu cantik plak, janganlah mengipas bontot makhluk tu sampai kowang kene libas plak ngn bini makhluk yang seperti di atas tu k.

renung2kan selamat beramal