Monday, May 25, 2009

kebahagiaan sesebuah keluarga.

Kebahagiaan sesebuah keluarga penting di dalam apa jua keadaan. setiap insan amat memerlukan segala kasih sayang diperlukan. berpadunya keluarga itu adalah kerana kasih dan sayang dari ibu bapa. tapi apakan daya jika berantakan lah keluarga itu. sayang.. aku sedih melihat jika perkara itu berlaku.

ibu bapa lah yang mencorak kebahagiaan dan keharmonian itu. apalah nasib anak-anak lantaran masalah yang mereka sendiri lakukan. aku melihat situasi ini dari bermacam-macam situasi. dari yang terdekat, jauh dan lain-lain lagi. aku tak sanggup rasanya melihat lagi keberantakan ini. sungguh kejam bagi aku apabila anak-anak yag menjadi mangsanya. apalah dosa mereka, dipukul, dihalau, didera, dimaki, sugguh tak dapat aku bayangkan keadaan ini.


keluarga..punca kebahagiaan. ibu..ayah..kasihanilah kami. kami masih memerlukan ibu dan ayah. masih dahagakan belaian dari kalian. mereka tak merasakan apabila ketiadaan salah satu dari ayah dan ibu. aku dapat rasakan. kehilangan ayah.. tapi aku masih punya emak yang cukup baik dan terbaik dari kurniaan Allah S.W.T. syukur... aku masih punya emak yang cekal, baik, lemah lembut dan cukup sempurna.

ibu bapa di luar sana...fahami lah isi hati anak. sayangi mereka kerana mereka masih manyayangi kalian. mereka masih memerlukan ibu dan ayah. bukan pendera, perogol, kaki gaduh dan sebagai nya. tunjukkan contoh yang baik, supaya kelak mereka akan menjadi ibu bapa yang menyayangi anak-anak mereka kelak.

p/s : akhlak yang mulia bermula dari pembelajaran di rumah.