Friday, March 6, 2009

suami isteri

Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak
bertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota...

" KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI "

...dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang
tidur. Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan mendapati jam
di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya
terdapat satu nota bertulis...

" BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI "

anjing yang pandai berenang

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang.
Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan,
anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal
daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,"Ala...releks le,
aku ni kan anjing laut."

SPESEL

Nak di jadikan cerita.. ada la sorang kaya baru, asalnya di kampung saja..
tapi disebabkan tanahnya kena projek KLIA, jadi jutawan segera la dia.
Waktu dia susah dulu.. teringin sangat dia nak pi K.L, so lepas dah jadi kaya,
tanpa membuang waktu, dia pun ke K.L laa.
Pasai banyak duit, dia pun bawak la sorang body guard merangkap pembantu
peribadi. Di K.L, dia menginap di K.L International Hotel. Sampai di sana
lebih kurang pukul 10:00 pagi... perut dia pun agak berkeroncong sikit la.
Selepas check-in, dia bagi tau kat pembantu dia..

O.K.B (Orang Kaya Baru ) : Mat...aku lapag ni , belikan aku mee yang spesial satu.

Mat : Oke Boss...tapi mee yang spesial tu macam mana Boss ?

O.K.B : Ishk..hang niii, mee yang spesial tuu..pakai telog dua biji laa..

Mat : Ooooo....siap Boss.

Lepas tu ..makan la si O.K.B mee spesial tu. Mai time pukul 3:00
ptg, perut O.K.B tu berkeroncong lagi. Lalu dia panggil pembantu dia tu..

O.K.B : Mat..! Aku lapag nihh , pi beli nasi goreng spesial satu.

Mat : Nasi goreng spesial ..? Yang pakai telog dua tu Boss ..?

O.K.B : ...waaaa , dah pandai dah hang Mat , no ?..cukup tau aku punya taste...

Mat : Mesti laa Bosss..bagi saya 10 minit saja Bosss...

Lepas siap makan, O.K.B tu tertidur la sampai maghrib.. dia pun
terbangun pasai air-cond sejuk sangat . Pasai dah tidog sepetang dah,
dia pun susah la nak tidog lagi. Bergulung pi berguling mai, tak leh
tidog juga.. air-cond pun sejuk gila... jadi 'adik' dia pun dok 'stand by'
saja laa.. Tak tau nak buat macam mana ngan sejuk lagi,
dia pun panggil pembantu dia lagi...

O.K.B : Mattt !!!....

Mat : Yaaaa..Boss,

O.K.B : Mai sini sat...Mat : Ada apa Boss...?

O.K.B : Mat...'adik' aku minta laaa..(dgn nada berbisik ) Hang pi cari awek

yang spesial kat aku sorang, yang spesial tau.

Mat : (sambil tergaru-garu kepala)..oke Boss !

Si Mat ni mana la tau pasai awek-awek yang boleh 'pakai' ni. Tapi,
Boss punya pasai dia pun pi la cari jugak.... Sejam kemudian dia pun
pi la hantar satu awek untuk Boss dia. Mat ni pun standby la kat luar
bilik, mana nak pi tau takut-takut pencegah maksiat mai. Pas lima
minit awek tu masuk dalam bilik Boss dia tiba-tiba dia dengar suara
yang kuat dari dalam bilik..

O.K.B : MATTTT !!!!...

Mat : Ada apa Boss...

O.K.B : Pasai pa hang cari bapok kat akuuuuu..aku kan kata awek...?

Mat : Laaa.....Tadi Boss kata cari awek yang spesial ....Boss selalu
kata yang spesial tu mesti telog dua...

O.K.B : ..????????????????????????

ingin pulang

yahoo..aku ingin pulang esok. tapi malang betullah , tiket tak de. hampe, kecewa, menangis, pahit akan ku telan jua. heehehe. takpe, aku naik jelah bus panjat esok. redah jelah. janji aku ley balik. hehehe. aku mesti beran! aku nak pulang jugak! aku mau pulang ! aku mau pulang! aku mau pulang lah!!!!!

koko ni nye pasal lah aku tak dapat balik awal, kalo tak mesti aku dah balik dah.
mesti skang aku ni ngah berehat-rehat kat atas tilam aku yang empuk ngan d temani oleh stich yang gemuk dan ikan yang huduh tu.

ceh! ape ni. zalim sangat pakcik jual tiket tu!!

hah, seb baik lah laki aku ni baik sesangat.

die amik aku kat komuter seremban. then bawak pulang aku ke segamat. hehehe.

and skang ni die ngah pi beli tiket aku balik shah alam isnin t.

measih sayang..

i sayang u sangat2.

see u t k.. mish u so much myurko.

pahit itu memerangkap

nescafe sering kali dikaitkan dengan kafein yang keterlaluan sehingga menyebabkan sesetengah orang tak dapat melelapkan mata. tapi bagi aku terutamanya kalau aku dah penat sangat, nescafe ni tak beri effect pape pun. sehari aku minum sekurang-kurangnye 3 peket yang 3 in 1 nye tu. aku tak tau lah mungkin dah ketagih ni. adui...

bantuin aku, aku tak ley menahan dari minum nescafe ni

dari pagi tadi sampai ke sekarang ni, dah 3 cawan dah aku minum.

tah bile migrain.

aku kene sembunyikan ni nescafe ni.

bahaya, alpa membawa padah!

asap berkepul kepul

hari jumaat yang membosankan, bangun awal semata-mata nk dapatkan no tel editor bahagian majalah kat karangkraf. tapi jawapan yang hampe coz owang tua tu tak pickup phone. balik klej terus je aku baring kat lantai yang aku anggap tilam kedua aku lantaran katil aku di tingkat atas, penat utk aku melangkah nak memanjat katil tu. sesi fotografi seperti dijanjikan jam 2.30 petang, sementara menunggu waktu tu, aku baring, tuk tuk tuk. ehh, ade owg datang, ternyata member aku dtg nk pakai wireless kat bilik aku. tp line plak tak ok. aku smbung balik barig, tapi datang sowang lagi member aku lepak. mata dah tak mampu nk tahan lagi, aku biarkan je dia melayan keratan akhbar semalam yang entah apa berita nya. aku terlelap, roomate aku berkali-kali meminta barang untuk menggilap kasut but nya. tapi aku malas nak melayan , bagi aku yang penting adalah tidur aku yang tak pernah cukup. jam dah menunjukkan jam 2 petang, dikjutkan dengan berita yang tak lah baper ok sangat tahap gaban gembira nya, sesi fotografi dibatalkan hahahah, dapatlah aku membesarkan tidur aku. terasa sendi-sendi ternyata luruh dan melekat ditilam yang tak berapa empuk, tapi masih mampu melenakan sesiapa yang memerlukan perbaringan melempiaskan keletihan. aku teus hayut di alam mimpi, dan terbangun....dek kerana bunyi alarm. kacau betullah.

bangun2 jer terus aku capai laptop aku di almari atas langit, bukan ape, kalau orang tgok almari di kolej aku mesti orang cakap kenapa tak letak kat langit je? tinggi sangat, semua furniture kat sini oldskul belaka. tapi tak pe , aku belajar utk mensyukuri ape yang ada walaupun kadang2 ati ni merungut.

krukk..kriiukkk..pewut ku. aduh. dalam asyik aku mencorakakn roti aku dengan choki-choki tetibe bunyi bising dan asap berkepul2. hampa betul ape yang aku rase. teras diri ni macam nyamuk pulak. abis aku buang roti yang aku baru hias ngan choki-choki tu. baru aku terterakan nama "JEED" las-las ke tong smpah jugak roti aku tu. hampeh..siang2 hari ni pun nk sembur nyamuk ke? tunggu petang lah sikit. adui. pembaziran ni.

aku lah nyamuk yang mengidam roti bersalut choki-choki.

aku nyamuk teraniaya, aku tak punya sapa-sapa.

aku lapar. aku tak makan darah.

aku vegetarian dan aku nyamuk yang dalam proses diet.

aku nyamuk kurus.

aku nyamuk it.

ngennngggg..nggggeeennng...

nyamuk ingin ke DC, jalan-jalan cari makan.

anganaganganganga..