Friday, March 6, 2009

asap berkepul kepul

hari jumaat yang membosankan, bangun awal semata-mata nk dapatkan no tel editor bahagian majalah kat karangkraf. tapi jawapan yang hampe coz owang tua tu tak pickup phone. balik klej terus je aku baring kat lantai yang aku anggap tilam kedua aku lantaran katil aku di tingkat atas, penat utk aku melangkah nak memanjat katil tu. sesi fotografi seperti dijanjikan jam 2.30 petang, sementara menunggu waktu tu, aku baring, tuk tuk tuk. ehh, ade owg datang, ternyata member aku dtg nk pakai wireless kat bilik aku. tp line plak tak ok. aku smbung balik barig, tapi datang sowang lagi member aku lepak. mata dah tak mampu nk tahan lagi, aku biarkan je dia melayan keratan akhbar semalam yang entah apa berita nya. aku terlelap, roomate aku berkali-kali meminta barang untuk menggilap kasut but nya. tapi aku malas nak melayan , bagi aku yang penting adalah tidur aku yang tak pernah cukup. jam dah menunjukkan jam 2 petang, dikjutkan dengan berita yang tak lah baper ok sangat tahap gaban gembira nya, sesi fotografi dibatalkan hahahah, dapatlah aku membesarkan tidur aku. terasa sendi-sendi ternyata luruh dan melekat ditilam yang tak berapa empuk, tapi masih mampu melenakan sesiapa yang memerlukan perbaringan melempiaskan keletihan. aku teus hayut di alam mimpi, dan terbangun....dek kerana bunyi alarm. kacau betullah.

bangun2 jer terus aku capai laptop aku di almari atas langit, bukan ape, kalau orang tgok almari di kolej aku mesti orang cakap kenapa tak letak kat langit je? tinggi sangat, semua furniture kat sini oldskul belaka. tapi tak pe , aku belajar utk mensyukuri ape yang ada walaupun kadang2 ati ni merungut.

krukk..kriiukkk..pewut ku. aduh. dalam asyik aku mencorakakn roti aku dengan choki-choki tetibe bunyi bising dan asap berkepul2. hampa betul ape yang aku rase. teras diri ni macam nyamuk pulak. abis aku buang roti yang aku baru hias ngan choki-choki tu. baru aku terterakan nama "JEED" las-las ke tong smpah jugak roti aku tu. hampeh..siang2 hari ni pun nk sembur nyamuk ke? tunggu petang lah sikit. adui. pembaziran ni.

aku lah nyamuk yang mengidam roti bersalut choki-choki.

aku nyamuk teraniaya, aku tak punya sapa-sapa.

aku lapar. aku tak makan darah.

aku vegetarian dan aku nyamuk yang dalam proses diet.

aku nyamuk kurus.

aku nyamuk it.

ngennngggg..nggggeeennng...

nyamuk ingin ke DC, jalan-jalan cari makan.

anganaganganganga..

No comments:

Post a Comment